PANDUAN LIVE HOST TIKTOK ALKOPI

Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada keluarga ALKOPI.

Panduan ini disediakan khas untuk membantu anda menjadi Live Host yang berkesan, mesra dan penuh keyakinan ketika mempromosikan ALKOPI di TikTok.

Selamat membaca & selamat beraksi di TikTok Live! 🚀💪

ISI KANDUNGAN

Panduan ini disediakan khas untuk membantu anda menjadi Live Host yang berkesan, mesra dan penuh keyakinan ketika mempromosikan ALKOPI di TikTok.

Sebagai Live Host, anda adalah wajah dan suara kepada jenama kami. Melalui live, anda bukan sekadar menjual produk – anda sedang membina kepercayaan, menyebarkan kebaikan kopi sihat, dan mencipta pengalaman yang menyeronokkan untuk penonton.

Panduan ini akan memudahkan anda faham langkah demi langkah bagaimana untuk:
✔️ Membuka live dengan yakin
✔️ Memperkenalkan produk dengan menarik
✔️ Engage dengan penonton secara mesra
✔️ Close Sale

Ingat, yang penting kita enjoy, kita ikhlas bantu orang dan kita bawa vibe positif dalam setiap live.

Selamat membaca & selamat beraksi di TikTok Live! 🚀💪

Persediaan Sebelum Live

Sebelum mula live, pastikan semua perkara ni dah ready supaya live berjalan lancar dan nampak profesional.

Checklist Peralatan & Setup

  • 📱 Telefon / Kamera: Pastikan bateri penuh & internet stabil.

  • 💡 Lighting: Pastikan muka terang & produk nampak jelas.

  • 🎤 Audio: Gunakan mic kalau perlu, suara mesti jelas.

  • 🪑 Setup Meja: Letak produk Alkopi depan host, pastikan nampak kemas.

  • 📦 Stok Produk: Standby produk sebenar untuk demo.


Persediaan Diri

  • 👍 Penampilan: Pakai baju kemas, senyum & nampak ceria.

  • Minum Alkopi: Biar host ada pengalaman rasa sebenar.

  • 📝 Faham Produk: Tahu kelebihan, rasa, harga & promo yang sedang berjalan.

  • 🗣️ Latihan Skrip: Ulang skrip pembukaan, cara jawab soalan, dan ayat closing.

  • 💪 Energy Positif: Pastikan mood baik & semangat nak bantu pelanggan.


Perkara Penting Sebelum Mula

  • Pastikan lampu, audio dan angle kamera okay.

  • Baca doa supaya live dipermudahkan dan rezeki melimpah.

  • Jangan lupa minum air supaya suara tak kering masa live.

STRUKTUR PENTING LIVE TIKTOK

Dalam sesuatu live yang berjaya dan berkesan, Host Live perlu bijak dalam membawa Viewer ke objektif terakhir iaitu ➡️KLIK BEG KUNING dan BELI.

Journey Closing –

1️⃣ Masalah Customer

2️⃣ Kenalkan Produk

3️⃣ USP Produk (Ciri produk yang bantu atasi masalah No.1)

4️⃣ Closing Sale

STEP 1 HINGGA 4 AKAN DIULANG BERKALI-KALI DALAM SESI LIVE.

TAK PERLU RISAU VIEWER BOSAN SEBAB VIEWER KELUAR DAN MASUK.

SETIAP 5 MINIT, ULANG SEMULA SKRIP DARI AWAL

A. Pembukaan (Opening Script)

Senyum, beri salam dengan confident dan pancing penonton supaya stay.

Contoh Skrip:

Assalamualaikum dan Selamat Petang! Apa khabar semua?

Selamat datang ke live Alkopi! Saya [nama host], hari ni nak kongsikan kopi sedap yang sihat tanpa gula putih. 

Siapa-siapa yang free jom join live saya. Siapa-siapa yang nak ada intention nak cut gula. Jom join Live saya.

Hi Abg Nizam, Hi Kak Rahimah,Hi User (Greet/Sapa siapa-siapa yang masuk dalam live)

Jangan keluar dulu, stay sampai habis sebab kita ada promo best untuk anda!”

Kepada yang ada masalah BERAS (Berat) Badan, Masalah 3 Serangkai, Masalah Angin, Gerd Gastrik, Sakit Lutut Sakit Tumit Sakit Sendi, Sembelit, Buasir, Kencing Tak Lawas, Gout, Bendera Merah tak teratur. Jom masuk dalam live saya.

⬇️ CONTOH INTRO ⬇️

(Live di atas ini masih boleh sebut perkataan sensitif sebab “BEG KUNING” belum buka)

TIPS PERMULAAN LIVE

☕ Jangan terus buka “Beg Kuning” – Buka Beg Kuning dari awal live akan menyebabkan Viewer menurun. Bagi orang masuk ke dalam Live dahulu dan baru buka “Beg Kuning”

☕ Perkataan sensitif seperti “Berat Badan”, “Lemak”, “Kurus”, “Kencing Manis”, “Darah Tinggi”, “Jantung”, “Buah Pinggang” dan lain2 HANYA BOLEH SEBUT JIKA BEG KUNING BELUM DIBUKA

☕ Buka “Beg Kuning” selepas 2 minit selepas sebut perkataan-perkataan di atas

☕ Dalam masa menunggu 2 minit, boleh minta Viewer Tap-Tap skrin atau minta viewer komen “Nak” terlebih dahulu

☕ Bila dah buka “Beg Kuning” sila berhati-hati untuk tidak menyebut perkataan-perkataan sensitif.

☕Biar perlahan-lahan sebut daripada terlajak sebut supaya tidak kene violation.

⬇️ CARA BUKA BEG KUNING ⬇️

B. Perkenalkan Produk

Di permulaan Live, produk diperkenalkan sebelum beg kuning dibuka. Selepas dah cerita kelebihan dan keunikan produk baru bagi offer dan seterusnya buka Beg Kuning untuk pembelian.

Di pertengahan Live, memperkenalkan produk boleh di ulang-ulang setiap 3 hinggga 5 minit dan diakhiri dengan Call to Action (pembelian).

Tunjuk produk dan highlightkan kelebihan

Contoh Skrip Point/Kelebihan Alkopi:

☕ Apa itu Alkopi? Alkopi adalah Kopi Kesihatan Tanpa Gula Putih.

☕ Kita hanya menggunakan STEVIA sebagai pengganti gula. Jadi tak perlu risau walaupun tak ada gula putih, tetap sedap sebab kita gantikan dengan stevia.

☕ Kopi ni dijamin sedap, mewah dan premium sebab ianya berperisa TIRAMISU. Biasa Tiramisu ni kek sahaja. Kali ni kita buat coffee. Memang sangat-sangat sedap.

☕Alkopi lengkap dengan MCT, Fiber dan Prebiotik. (Tunjuk pada Packaging)

☕ Apa itu MCT? MCT ni datang dari Ektsrak Kelapa Dara iaitu sejenis Lemang (Lemak) Baik yang pantas ditukarkan kepada tenaga tanpa meninggalkan lemang2 jahat dalam badan kita. Ia juga membantu membakar lemang-lemang jahat. Sebab tu sesiapa yang nak TRN-kan (turunkan) beras (berat) badan boleh ambil MCT . MCT juga bantu kawal selera makan. Jadi kita galakkan ambil Alkopi waktu pagi untuk bantu lebih bertenaga hingga ke petang.

☕ Kemudian kita ada Fiber iaitu sember serat yang membantu untuk kenyang lebih lama. Sebab tu siapa yang ambil Alkopi biasanya kenyang sampai petang. Masa bulan puasa hari tu, siapa yang sahur dengan Alkopi tiada rasa lapar sampailah berbuka.

☕Akhir sekali, kita tambah Prebiotik dalam Alkopi. Prebiotik ni sangat bagus tau untuk membantu proses pencernaan. Sebab tu siapa yang minum Alkopi akan mudah membuang. Yang ada masalah sembelit atau buasir memang sangat digalakkan untuk amalkan Alkopi.

⬇️ CARA PERKENALKAN PRODUK ⬇️

✅ C. CTA – Call to Action

CTA adalah destinasi terakhir di mana kita nak bawa viewer. Sebagai Host Live yang baik, anda perlu membimbing Viewer untuk pergi atau buat apa seterusnya.

Live Alkopi menitikberatkan 3 CTA utama iaitu – 

🛒 KLIK BEG KUNING – Walaupun viewer tiada niat untuk membeli buat masa sekarang, tetapi kita tetap suruh mereka klik “BEG KUNING”. Contoh paling mudah, “Klik Beg Kuning sekarang untuk tengok berapa harga yang anda dapat.

Tujuan – Apabila viewer “Klik Beg Kuning” algorithm Tiktok akan kenalpasti mereka sebagai pelanggan yang berminat dengan Alkopi. Walaupun mereka tidak beli hari ni, namun mereka akan dihantui dengan iklan-iklan Alkopi dan juga Live-live Alkopi selepas ini.

➕ FOLLOW SAYA – CTA ini penting dalam menaikkan follower. FOlllower paling mudah bertambah melalui LIVE. Boleh guna ayat “Follow saya sekarang untuk dapatkan harga promosi”

Tujuan – Lebih kurang sama dengan CTA Klik Beg Kuning namun CTA Follow Saya lebih penting kerana bila mereka Follow, mereka akan menerima notifikasi setiap kali kita live. Lama kelamaan mereka ni akan beli juga Alkopi dengan kita.

💸BELI SEKARANG – CTA Paling Penting! Dari Sales baru anda dapat komisen kan? Jadi kerap-kerapkanlah tekankan viewer utk check out sekarang!

Galakkan customer untuk Checkout pakej 2 pek dan ke atas untuk meningkatkan lagi jualan anda.

⬇️ CONTOH CTA ⬇️

D. Engage dengan Viewer

Engage dengan viewer penting supaya Live kita nampak hidup. Engage juga penting dalam memastikan viewer stay lama dalam live kita.

Skrip penting untuk engage –

🙋‍♀️“Hi Nurul, Hi Wawa, Hi Nana” – Sapa mereka yang join live supaya mereka rasa dihargai.

🙋‍♀️“Tap tap skrin. Minta tolong share live ni supaya lebih ramai yang dapat manfaat” – Penting untuk naikkan lagi viewer.

🙋‍♀️ “Siapa yang nak harga promosi, komen “NAK” – Kita nak orang komen supaya Live tak sendu. Semakin ramai komen, tiktok akan bantu buka Live kita kepada lebih ramai orang. Live yang sendu Tiktok limitkan viewer.

🙋‍♀️“Cuba korang tekan “Beg Kuning tengok berapa harga korang dapat. Siapa dapat harga Rm19.90 cuba komen “Saya” – Galakkan orang untuk tekan Beg Kuning disamping minta mereka komen dalam live.

🙋‍♀️ “Siapa yang dah beli komen “Done Order” – Sama seperti diatas. Komen “Done Order” juga psikologi kepada viewer lain menunjukkan produk kita mendapat sambutan.

🙋‍♀️ Sambungan “Done Order” >> “Terima kasih Cik Wawa. Boleh tahu Cik Wawa beli pakej mana tu?” – Untuk kekalkan interaksi dengan viewer.

🙋‍♀️ “Siapa sini yang dah pernah cuba Alkopi cuba komen “Saya” – Langkah pertama untuk minta mereka share/buka cerita.

🙋‍♀️ Sambungan komen “Saya” >> “Alhamdulillah Tahniah Cik Ina. Cik Ina boleh kongsi tak pengalaman lepas ambil Alkopi? Ramai kawan-kawan kita kat sini nak cuba Alkopi tapi takut-takut lagi”

🙋‍♀️ Pinned kan komen feedback. Baca dan ulang baca komen 2 3 kali. Tambah skrip “Subhanallah, korang baca ni korang. Bestnya Kak Ina”

PENTING – KOMEN FEEDBACK LAZIMNYA PENUH DENGAN PERKATAAN SENSITIF. JADI BACA DENGAN PERLAHAN-PERLAHAN DAN TUKARKAN PERKATAAN SENSITIF DENGAN PERKATAAN LAIN

Sale paling banyak berlaku bila ramai viewer share feedback dalam live. Viewer kurang percaya anda sebab anda Host Live. Anda promoter. Tapi kalau Feedback tu daripada pelanggan lain, viewer akan lebih mudah percaya. 

Semasa dapat Feedback adalah waktu terbaik untuk “CLOSE SALE”.

Selepas baca, puji dan explain sedikit terus minta viewer untuk dapatkan sekarang di Beg Kuning.

🙋‍♀️ “Haaa korang tengok Cik Ina ni, baru amalkan je Alkopi dah dapat feedback positif. Korang yang nak macam Cik Ina ni cepat-cepat dapatkan kat Beg Kuning sekarang”

⬇️Contoh feedback + Ulasan + CTA ⬇️

E. FAQ (Soalan yang sering ditanyakan)

Berikut merupakan soalan yang selalu viewer tanya dan juga jawapan dan cara menjawab soalan tersebut

Alkopi adalah Kopi Kesihatan tanpa gula putih. Walaupun tanpa gula putih ianya tak pahit sebab kita gantikan gula dengan stevia. 

Dari segi rasa, kita jamin memang sedap sebab ianya berperisa Tiramisu. 

Dan ianya sangat baik untuk kesihatan sebab ianya mengandungi MCT iatu lemak baik dari estrak minyak kelapa dara, Fiber yang memberi rasa kenyang lebih lama dan juga prebiotik yang membantu menjaga kesihatan usus kita.

Yang nak TRN-kan berat badan, yang nak KRS, Yang ada masalah lutut, sakit tumit, sakit kaki, kebas-kebas, gastrik, gerd, migrain, sembelit, gout pergilah ambil Alkopi.

(CTA) Sementara ada promosi diskaun RM10 ni cepat-cepatlah dapatkan di beg kuning sekarang.

MCT adalah sejenis lemang (Lemak) baik dari Minyak Kelapa Dara yang sangat baik untuk kesihatan. Di mana lemak ni ditukarkan kepada tenaga tanpa meninggalkan lemang jahat dalam badan.

Ia sangat baik dalam mengawal selera makan dan juga membantu membakar “lemang-lemang” jahat. Sebab tu bila minum Alkopi kita mudah berpeluh sebab MCT sedang membakar “lemang-lemang” jahat ni.

Jadi siapa yang nak TRN-kan beras badan, nak KRS, boleh amalkan Alkopi ni. Insyaallah membantu.

 

1 pek ni ada 15 sachet. 1 sachet ni pula kandungannya 25g tau. Penuh macam ni (Sebaiknya tunjuk sachet pada skrin)

Isi kandungan dia banyak tau berbanding kopi-kopi lain yang biasanya 20g je 1 sachet.

Dalam Alkopi tiada sebarang penggunaan gula putih cik. Pemanis dalam Alkopi kita gantikan dengan Stevia.

Tapi dekat belakang pek ada tulis 2.6g gula di mana gula ni datang dari stevia dan juga krimer tanpa tenusu yang kita gunakan.

Abg Kakak tak perlu risau sebab kandungannya minima sahaja malah Stevia ni sifatnya 0 kalori tau berbanding gula putih yang tinggi kalori.

Alkopi boleh minum bila-bila sahaja dan tak beri kesan mudarat sebab tiada gula putih.

Nak ambil sebelum tido pun boleh. Tiada masalah dan tidak menyebabkan tak boleh tidur.

Namun kita sarankan waktu terbaik untuk ambil adalah waktu pagi sebelum sarapan. Sebab dalam Alkopi ada MCT yang bantu beri tenaga pantas, kawal selera makan dan beri kesan kenyang yang lebih lama.

Minum pagi-pagi baru bertenaga nak kerja seharian kan?

Minima ambil 1 sachet sehari waktu sarapan. 

Nak ambil 2 sachet sehari pun boleh. Pagi dan petang.

Ade orang ambil 3 sachet sehari pun boleh sebab Alkopi tiada gula putih. 

Kita sarankan maksima 3 sachet je sehari. Walaupun Alkopi ni bagus untuk kesihatan dan sedap namun berpada-pada lah dalam mengamalkannya ok.

Dalam 1 sachet Alkopi cuma 116-119 kalori sahaja.

Dan jangan risau sebab kalori dalam Alkopi datang dari MCT. Ianya mudah ditukar kepada tenaga tanpa meninggalkan lemang jahat dalam badan.

Insyaallah membantu sis.

MCT ni berfungsi mengawal selera makan. Tambah pula dia bantu membakar “lemang-lemang” jahat dalam badan.

Kemudian ada fiber yang beri kesan kenyang lebih lama. Ambil pagi Insyaallah petang/malam baru terasa nak makan.

Makan pun kurang, tambah pula lemang-lemang dalam badan pun dah terbakar. Insyaallah membantu sis untuk TRN-kan beras badan. Lepas ni baju-baju lama pun dah boleh pakai semula. Aaminn

Cik, Alkopi bukan Kopi KRS. Alkopi ni kopi kesihatan. Kopi untuk gaya hidup sihat.

Cumanya bila kita nak gaya hidup sihat tu, dalam masa yang sama Alkopi bantu untuk TRN-kan beras badan.

Orang kata, minum Alkopi untuk sihat, sekali, Opsss ter-KRS pulak.

Bonus lah tu. Sihat dapat. KRS pun dapat. 

MCT dalam Alkopi sangat baik untuk Ibu Preggy. Terutama bagi tenaga.

Namun Ibu Berpantang kene kawal pengambilan Kafeine. Jadi Ibu Pregnant boleh ambil 1 sachet je sehari tau.

Bila dah bersalin nanti, baru Mommy ambil 2 sachet sehari. 

Kandungan MCT bagus tau untuk mommy yang berpantang. Disamping bantu beri tenaga MCT juga bantu tambah susu mommy.

Biasa yang menyebabkan berdebar dan sakit kepala bila minum Kopi tu sebab kandungan Kafein-nya tinggi dan tambah pula dengan gula putih.

Alkoi kandungan kafein cuma 4% sahaja dan tanpa gula putih. Jadi tak menyebabkan masalah berdebar dan sakit kepala.

Ya masalah 3 serangkai boleh ambil Alkopi.

Kandungan MCT dalam Alkopi sangat baik untuk mereka yang ada 3 serangkai.

Cik klik beg kuning di bawah dan boleh baca review2 dari mereka yang dah cuba Alkopi ni.

Dari segi kandungan Alkopi, sepatutnya mereka yang ada masalah kanser boleh je ambil Alkopi.

Namun kita tak galakkan mereka yang ada kanser untuk ambil Alkopi kerana kita tak mahu pengambilan Alkopi mengganggu rawatan hospital yang sedang berjalan.

Masalah Buah Pinggang tahap 1 2 3 masih boleh ambil Alkopi. 

Namun jika dah tahap 4 atau sedang dialisis kita tak galakkan untuk ambil.

Untuk masalah Gerd Angin atau Gastrik ni, cepat2 ambil Alkopi sis. 

Kita ada ramai customer yang ada masalah ni, lepas ambil Alkopi dah hilang dah tak datang dah masalah mereka ni.

Jangan tunggu lagi. Terus beli kat beg kuning tau.

Minum Alkopi tidak menyebabkan sembelit. Malah kandungan MCT, Fiber dan Prebiotik melancarkan lagi pembuangan.

Siapa-siapa yang susah nak membuang tu, cepat-cepat ambil Alkopi. Lancarrrr

Sebaiknya jarakkan 1 jam dah ok dah cik.

Ya boleh je tiada masalah. Dalam Alkopi tiada herba mahupun jamu ye.

Pertama sekali, kesan yang macam mana yang cik nak?

Kalau dari segi tenaga, biasanya 1 sachet pun cik dah boleh rasa. Rasa bertenaga je seharian.

Kalau kesan KRS ke, Sakit Lutut, Sakit Sendi, 3 serangkai ke. Yang ni ambil masa sedikit. Kene konsisten Insyaallah lama kelamaan akan rasa perubahan.

Lelaki dan Perempuan dua-dua boleh sis.

Kat paket kita ada letak gambar lelaki dan perempuan boleh minum Alkopi (Sambil tunjuk pouch)

Untuk rasa yang kaw, sedap dan premium, kita sarankan untuk bancuh dengan 150ml air panas.

Cuma kalau mereka yang rasa masih manis, boleh lebihkan air panas.

Sebaiknya bancuh guna air suam atau air panas dari penapis air kat rumah kita tu. (Elakkan sebut Coway/Cuckoo. Boleh ganti dengan Jenama C )

Atau kalau nak bancuh dengan air sejuk, boleh pakai shaker.

Cikk.. Alkopi ni kita buat untuk gaya hidup sihat. Jangan laaa tambah susu pekat manis tu lagi. Gulaa tu cik.

Dah cukup sedap dah Alkopi ni. Bancuh dengan air suam je dah ok dah. Ok?

Alkopi ni 1 pek ada 15 sachet. 1 sachet kandungan dia banyak  25g tau korang.

Harga asal 1 pek Alkopi Rm29.90. (Tunjuk harga kat belakang pek)

Tapi hari ni dalam Live saya, kita nak bagi harga promosi RM19.90 sahaja tau.

Korang jimat 1 pek RM10. Cepat-cepat grab kat beg kuning sekarang.

Voucher Free Shipping, Tiktok yang bagi cik. Kita dari HQ dah bagi penjimatan 1 pek RM10.

Biasanya pembelian 3 pek ke atas Tiktok bagi Free Shipping. Cuba cik klik beg kuning dapat tak.

Kalau pakej 3 pek, HQ bagi penjimatan RM30 tambah lagi Free Shipping dari Tiktok. Banyak jimat tu.

Cepat-cepat checkout kat Beg Kuning sementara dapat harga promosi.

(Live hari Isnin-Jumaat) – Yang mana order sebelum pukul 2 petang Insyaallah hari ni juga kita poskan cik. Biasanya kalau kawasan bandar dalam 1-2 hari dah sampai. Kawasan luar bandar dalam 2-3 hari.

(Live hari Sabtu-Ahad Cuti Umum) – Kita akan poskan hari isnin cik. Biasanya kalau kawasan bandar dalam 1-2 hari dah sampai. Kawasan luar bandar dalam 2-3 hari.

Kita dah apply HALAL JAKIM. Biasanya nak dapat sijil Halal JAKIM ambil masa 1-2 tahun.

Usia Alkopi baru dalam 8-10  bulan macamtu. Insyaallah dalam hujung tahun ni kita dapat HALAL JAKIM.

Cuma cik jangan risau. Kita company 100% muslim melayu. Kilang pun 100% muslim melayu. Memang kita jaga bab halal haram ni. 

Cik boleh amalkan tanpa ragu-ragu ye.

Pertama sekali, kesan positif yang macamana cik nak tu ye?

Kesan yang paling senang cik akan rasa bertenaga. Yang ni sebab kandungan MCT memang membantu.

Macam kesan-kesan lain seperti KRS, Sakit Lutut, Sakit Tumit, akan ambil masa untuk baik cik.

Lagi satu Alkopi ni bukan ubat tau. Ianya membantu sahaja. 

Kita nak gaya hidup sihat dulu tau. Kesembuhan tu datang kemudian Insyaallah.

Cik boleh terus je amalkan Alkopi ye.

Saya doakan cik diberikan kesihatan yang lebih baik insyaallah. Aaminn

F. Penutup LIVE

Sebelum tutup LIVE, pusing semula 1 round Skrip secara ringkas dengan tekankan pembelian buat kali terakhir sebelum sesi live tamat.

Tamatkan LIVE dengan perkara berikut –

🙏 UCAPAN TERIMA KASIH

“Okay semua, terima kasih banyak yang dah join live hari ni, yang tap-tap skrin, yang bantu share, yang share feedback masa live tadi, yang klik beg kuning, dan juga yang dah beli Alkopi – saya hargai sangat-sangat. Terima kasih tau korang.”

🤲 DOA DAN UCAPAN POSITIF

“Saya doakan semua yang tengok live ni dimurahkan rezeki, sihat-sihat selalu, dan dipermudahkan hari korang ok.”

😊 TUTUP LIVE DENGAN SENYUMAN

“Kita jumpa lagi di next live. Assalamualaikum, terima kasih semua! Jangan lupa Alkopi!”

⬇️ CONTOH TUTUP LIVE ⬇️

BONUS MERBAHAYA

Untuk LIVE ALKOPI di Platform TIKTOK, kita tertakluk kepada rules & regulation platform.

Nak tak nak kita terpkasa ikut sebab ini platform dia. Tiktok ibarat tuan rumah dan kita cuma menumpang sahaja.

Berikut adalah perkataan yang sensitif yang perlu dielakkan untuk sebut dan alternatif jika perlu sebut perkataan tersebut. Nak sebut perlu tukar perkataan tersebut ya.

JIKA TIDAK, NANTI KENE VIOLATION DENGAN TIKTOK!

Kami dah kene, jadi anda jangan kena tau!

KURUS ▶️ KRS
TURUN ▶️ TRN
BERAT ▶️ BERAS
LEMAK ▶️ LEMANG
DIET ▶️ DT
KILOGRAM/KG ▶️ K/KAMPUNG
KENCING MANIS ▶️ K.MANIS
DARAH TINGGI ▶️ D.TINGGI ✅
SHOPEE ▶️ KEDAI S ✅
FACEBOOK ▶️ KEDAI BIRU ✅
WHATSAPP ▶️ WASABI ✅

 

Alhamdulillah setakat ini itu sahaja dari kami team OMAI ALKOPI HQ.

Semoga panduan ini dapat membantu anda meroket Insyaallah.

Semoga berjaya ya

Assalamualaikum

error: Content is protected !!