Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada keluarga ALKOPI.
Panduan ini disediakan khas untuk membantu anda menjadi Live Host yang berkesan, mesra dan penuh keyakinan ketika mempromosikan ALKOPI di TikTok.
Sebagai Live Host, anda adalah wajah dan suara kepada jenama kami. Melalui live, anda bukan sekadar menjual produk – anda sedang membina kepercayaan, menyebarkan kebaikan kopi sihat, dan mencipta pengalaman yang menyeronokkan untuk penonton.
Panduan ini akan memudahkan anda faham langkah demi langkah bagaimana untuk:
✔️ Membuka live dengan yakin
✔️ Memperkenalkan produk dengan menarik
✔️ Engage dengan penonton secara mesra
✔️ Close Sale
Ingat, yang penting kita enjoy, kita ikhlas bantu orang dan kita bawa vibe positif dalam setiap live.
Selamat membaca & selamat beraksi di TikTok Live! 🚀💪
Sebelum mula live, pastikan semua perkara ni dah ready supaya live berjalan lancar dan nampak profesional.
📱 Telefon / Kamera: Pastikan bateri penuh & internet stabil.
💡 Lighting: Pastikan muka terang & produk nampak jelas.
🎤 Audio: Gunakan mic kalau perlu, suara mesti jelas.
🪑 Setup Meja: Letak produk Alkopi depan host, pastikan nampak kemas.
📦 Stok Produk: Standby produk sebenar untuk demo.
👍 Penampilan: Pakai baju kemas, senyum & nampak ceria.
☕ Minum Alkopi: Biar host ada pengalaman rasa sebenar.
📝 Faham Produk: Tahu kelebihan, rasa, harga & promo yang sedang berjalan.
🗣️ Latihan Skrip: Ulang skrip pembukaan, cara jawab soalan, dan ayat closing.
💪 Energy Positif: Pastikan mood baik & semangat nak bantu pelanggan.
Pastikan lampu, audio dan angle kamera okay.
Baca doa supaya live dipermudahkan dan rezeki melimpah.
Jangan lupa minum air supaya suara tak kering masa live.
Senyum, beri salam dengan confident dan pancing penonton supaya stay.
“Assalamualaikum dan Selamat Petang! Apa khabar semua?
Selamat datang ke live Alkopi! Saya [nama host], hari ni nak kongsikan kopi sedap yang sihat tanpa gula putih.
Siapa-siapa yang free jom join live saya.
Hi Abg Nizam, Hi Kak Rahimah, Hi User (Greet (Sapa) pengguna yang masuk Live kita)
Jangan keluar dulu, stay sampai habis sebab kita ada promo best untuk anda!”
Kepada yang ada masalah BERAS (Berat) Badan,